Wednesday, August 17, 2011

Hakikat Penghambaan

hari sudah genap 18 hari umat islam menunaikan puasa di bulan ramadhan yang mulia ni...
malam tadi aku tersentuh mendengar tazkirah ustaz yang bertajuk hakikat penghambaan...
aku terlepas dengar apa nama ustaz tu dan dari mana...
mengikut apa yang beliau telah ceritakan...
hakikat seorang hamba itu sebenarnya adalah untuk mendengar dan taat sahaja..
itu lah sebenarnya hakikat seorang hamba...
dalam perspektif manusia dan tuhan..
kita sebagai hamba tidak berhak untuk bersoal jawab dan mengeluarkan pendapat kerana kebernasan pendapat dan waras akal fikiran manusia itu tidak akan diambil kira jika Allah telah menurunkan perintah NYA.

dan ustaz juga ada memberi beberapa contoh..betapa kita manusia ni sombong dan bongkak dengan Allah yang menciptakan kita...antara contoh yang beliau katakan ialah, kita manusia ni selalu mempertikaikan apa yang telah Allah suruh dan perintahkan..HUKUM HUDUD misalnya, apabila Allah telah menetapkan hudud didalam perundangan Isla bermakna ianya ada kebaikan dan kesesuain pada semua zaman..
tapi hakikatnya kita manusia hari ini, memberi seribu alasan untuk tidak melaksanakan hukum hudud tersebut..tidak sesuai dengan masayarakat majmuk lah, beri masa untuk kaji kesesuaianya lah..walhal kita sebagai hamba...hakikat nya kita perlu dengar, patuh dan taat dengan apa yang telah Allah perintahkan...Ini lah bukti manusia itu sombong dengan tuhan..

kita membaca Al-Quran, bersembahyang lima waktu.. tetapi di dalam sesetengah perkara kita ingkar perintanya. menolak perundangan NYA, riba' , rasuah di amalkan secara berleluasa...manusia yang tahu dan terlibat tutup mata, tutup mulut tidak berbicara, sombong dengan peraturan ekonomi yang telah Allah tetapkan..

dan hakikat penghambaan yang kedua ialah kita perlu yakin dan percaya dengan Allah yang telah menciptakan kita...kita perlu yakin bahawa puasa sebulan dalam bulan Ramadhan itu tidak akan membawa kemudaratan malah memberi seribu kemanfaatan..di sinilah yang menunjukan kita percaya akan tuhan, dan apa yang Allah perintahkan itu.

Monday, March 21, 2011

lembut lidah

lagu ni la aku tengah dok dengar sekarang...try nyanyi la nk tau lembut lidah ke tak..hahaha
mau terbelit gak le

TAE YANG - WEDDING DRESS

Some say it's not over 'till it's over
Guess this is really over now
There's something I gotta say before I let you go
Listen

niga geuwa datugo
ttaeron geu ttaeme ulgo
himdeureo hal ttaemyeon nan huimangeul neukkigo
amudo moreuge mam a-a-apeugo
nijageun misomyeon tto damdamhaejigo

niga hoksina nae maeumeul alge doelkkabwa
arabeorimyeon uri meoreojige doelkkabwa
nan sumeul jug yeo
tto ipsureul kkaemureo
jebal geureul tteona naege ogil

Baby jebal geuui soneul japjima
Cuz you should be my Lady
oraen sigan gidaryeo on nal dorabwajwo

noraega ullimyeon ije neoneun
geuwa pyeongsaengeul hamkkehajyo
oneuri oji ankireul
geureoke na maeil bam gidohaenneunde

nega ibeun wedingdeureseu
girl nega ibeun wedingdeureseu
wedingdeureseu
oh nega ibeun wedingdeureseu
oh no

nae mameul mollajwotdeon
nega neomu miwoseo
gakkeumeun nega bulhaenghagil nan baraesseo
imi nae nunmureun da ma ma mareugo
beoreutcheoreom honja neoege-ge malhago

maeil bam geureoke buranhaetdeongeol bomyeon nan
ireoke doelkkeoran geon aranneunjido molla
nan nuneul gama
kkeuchi eomneun kkumeul kkwo
jebal geureul tteona naege ogil

Baby jebal geuui soneul japjima
Cuz you should be my Lady
oraen sigan gidaryeo on nal dorabwajwo

noraega ullimyeon ije neoneun
geuwa pyeongsaengeul hamkkehajyo
oneuri oji ankireul
geureoke na maeil bam gidohaenneunde

nega ibeun wedingdeureseu
girl nega ibeun wedingdeureseu
wedingdeureseu
oh nega ibeun wedingdeureseu
oh no

budi geuwa haengbokhae
neoreul ijeul su itge
nae chorahaetdeon moseupdeureun da ijeojwo
birok handonganeun
na jugeul mankeum himi deulgetjiman no oh

neomu oraen siganeul chakgak soge
hollo babocheoreom saratjyo
ajikdo nae geunyeoneun nal bogo
sae hayake utgo inneunde

nega ibeun wedingdeureseu
girl nega ibeun wedingdeureseu
wedingdeureseu
oh nega ibeun wedingdeureseu

———

Some say it's not over 'till it's over
Guess this is really over now
There's something I gotta say before I let you go
Listen

lalala...lidah ku berbelit~~~

Tuesday, March 15, 2011

masa berkualiti seorang pelajar


pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang pandai menguruskan masa.
pelajar cemerlang juga akan memanfaatkan setiap masa yang ada dengan sebaiknya.

Jika anda ingin menjadi seorang pelajar cemerlang, berusahalah menjadikan masa anda masa yang berKUALITI...

  • masa bangun pagi - selepas subuh, bayangkan apa yang telah dipelajari semalam.
  • masa sebelum ke kelas - baca dengan ringkas apa topik pelajaran hari ini.
  • masa ke tandas - mengingat semula perkara-perkara yang perlu dilakukan.
  • masa berjalan ke kelas - mengingat apa yang dipelajari dengan teknik bayangan minda.
  • masa menunggu guru sampai - baca lagi topik untuk hari tersebut.
  • masa menunggu bas - baca nota-nota kecil yang dah dibuat.
  • masa habis kelas - lewatkan balik, buat nota n siapkan kerja.
  • masa rehat petang dibilik - cuba ingati semula apa yang dipelajari.
  • masa lepas makan - baca majalah atau bahan baca yang merilekskan minda.
  • masa basuh baju - ingat pelajaran dengan bayangan minda / dengar lagu yang tenang.
  • masa menghadap cermin - lekatkan nota atau reminder.
  • masa duduk dimeja belajar - baca sekali imbas nota-nota kecil yang dilekatkan di meja belajar.
  • masa belajar - tumpu 100%, buat nota dengan pemahaman sendiri
  • masa sebelum tidur - ingat semula pelajaran dengan teknik bayangan, lukis guna jari atas tilam.
motif : tips untuk menghadapi musim peperiksaan (amalkan cara ini 2 bulan dari hari exam)...insyaallah berjaya..

Wednesday, February 16, 2011

kemalasan ku...

sejak dua menjak ni..aku memang la malas nak mencarut kat blog ni...
pastu UTM yg skitnye bgus tu plak wat satu laman bernama e-portfolio...
dah mcm ala2 fb and blog jugak..dah la aku sudah sedia bosan dengan 2 benda alah tu...
alahai..lemah lutut aku..nk mengexplore..nk mengupload...walaweyh..boleh terberak 3 hari 2 mlm ni...

hmmm..super a.k.a SUKAN PERANCANG dah hampir tiba..
aku pun jdi bersemangat nk maen netball..lame dah aku tak main menatang ni...
tu pasal la badan aku mkin gemuk kot..(ececeh..nak sdp kn hati)
memang best ar setiap ptg trun men dgn budak kelas...sampai lebam n sakit kaki...
bile nk berjalan ke studio, lemah je lutut..tp bile dorg ajak maen..
yang sakit tu mcm baek secara otomatik nya...
hmmm..bnde la aku ngarut kat sini...
walhal keje byk berlambak ni ha...

ni schedule yg menghalang aku dri berpoyo-poya dan berblog...
blog aku bersuara : ce cite..ce cite

technical report- 14 mac
asaimen transport- mggu ni
asaimen land use - mggu ke sembilan
agama islam - next week presentation start
esok malam - test agama
mggu depan -test transport n land use
mggu depan - gi site wat survey
bulan mac- sukarelawan international equin

waaarrrrrgggggggggghhhhhhhhhhhh...gilo den!!
dah bye2 la...sudah tingtong jadi nya aku
memikior ke bende2 alah ni sume..
sabau ajele...(sambil pusing tangan)
-penangan hantu kak limah balik rumah-

Sunday, February 6, 2011

friendship forever???

adulu waktu aku muda-muda da masih mentah (tahap 1)..
aku selalu dengar org cakap dan tulis..frend forever...
friendship forever bagai...
ermmm..sekarang ni zaman aku muda-muda (tahap 2)..
hehehe..tak moh ngaku tua..susah gak.
ok..sambung balik..
aku dah jarang la dengar freindship forever tu...
friendship forever???
boleh tak aku nak hands up..
dan cakap " sorry, but i'm not agree"..
friendship forever and best friend forever..
ada..tapi bilangan nya terlalu sikit..
boleh bilang pakai jari..
nak tau frienship forever ke tidak...
cuba la buat silap sikit dengan korang nye "frends forever" tu...
lepas tu korang tengok hasil nya..
korang still kamceng can dulu atau tak..
klu ye...kire korang adelah org paling bertuah..
tapi kalau tak, mkne nye memang betul la "freindhip forever" tu tak boleh pakai sangat pun..
apa lah aku mencarut ni...

ok...shoot the bullet straight to the enemy..
berapa ramai la kwn-kwn yang pernah kita ada...
still igt kat kita..
still tanye khabar kita...
seiring dengan perjalanan masa...
semakin kita besar, arah tujuan hidup makin berbeza..
masing2 punya matlamat masing2...
kita akan jumpa dengan ramai orang..
dan biasa nya bila kite bertemu dengan org baru..
maka kita akan lupa dengan orang lama..
lebih2 lagi yang tiada disamping kita..
as simple as that..
rasanya semua orang boleh faham..
pada masa itu..
hilang lah kata2 "friendship forever" tadi..
tapi bukan semua..segelintir cuma..
aku..masih berhubung baik dengan kwn-kwn dari sekolah rendah..
amazing kan...walaupun kitorang sume dah berjauhan..
tapi aku akui jugak..ada antara mereka yang aku lupa..
mintak maaf sangat...
dan aku akui..kadang-kadang benda yang terjadi dalam hidup..
tak berjalan seperti yang kita rancang..
aku mengaku..kadang2 aku lupa nak wish besday kwn2 aku..
sebab nya hidup yang sangat sibuk..
dan masa berlalu begitu pantas...
dan ada juga, yang konon nya berkawan baik..
tapi sebaik saja, berpisah mengikut haluan masing2...
msg tanya khabar pun tak ingat..
ade jugak yang konon nya mengaku kwn baik...
tapi kerana kesilapan kecil sudah menjadi KAWAN TIDAK BAIK lagi..
that why i said "friendship forever" tak exist..
mungkin exist but a littlte bit difficult..
sebab nya..hisup ni penuh dugaan..
masing2 pun ada haluan masing2..
masa berjalan terlalu pantas..
tidak mungkin akan bersama untuk setiap waktu selamanya..

Friday, January 14, 2011

big smile today

hari ni..kalau ada org sakitkan hati aku pon..aku takkan marah...
aku rasa nak senyum kat satu dunia..
senyum lebar-lebar punya..
bagi nampak setiap batang gigi aku yang tak berapa nak comel ni..
dussshhh...selekeh betul..
hahaha...



pasal apa la jadi tak berapa betul hari ni ek??
hari ni bersaksi kan kerusi meja di studio aku..
aku telah menyiapkan projek pertama aku untuk sem ni dengan jayanya...
siap awal 2 hari tu..jangan maen-maen bro...
wwweeeee...happy giler ni..
penat senyum dah ni...
selalu nya esok nak hantar...
malam ni baru aku bersekang mata nak siapkan..
tapi sekarang terbaik sudah..wahahaha..
bunyi happy macam dapat A dah kot..

so selama aku tak menjenguk blog ni..
ni la die hasil yang aku dapat..
mungkin tak cantik seperti sem lepas..
sebabnya lecturer aku kali ni...
lebih mementing kan huraian isi dan penyampaian..

alkisah sebelum aku menghasilkan semua panel ni..
(idea jahat) ok aku akan karang ayat nya melalui pemerhatian aku..
sebab dulu aku penah bertapak kat luar bandar jugak..
ngeng..ni pasal pinggir bandar bukan luar bandar..
kat situ pon dah salah...wahahaha
ayat buat sendiri baek punya..
bila time lecturer tengok..
(tengok kerja ahli group aku yang lain la)
"haa..kamu punya ni dah ok.."
"TAPI...saya prefer kamu letak daripada mana kamu tau isu ni semua"
"siapa yang cakap macam ni, macam tu"

aku pon..
"erkkk..alamak..nak kena bukti ada orang yang berbicara pasal isu tu la plak"
"takkan aku nak tulis oleh aku sendiri"
sebab ayat nye aku karang sendiri..
aisemen...bazir masa tul cari idea bina ayat...
hahaha..sememangnya..
aku ni amatlah pemalas nak mengoogle cari maklumat
pasal nya maklumat dan info tu dalam bahasa inggeris
nak pergi bantai baca sepatah-sepatah tu..
hisshhh...maleh la den..
tu pon klu info nye berguna..
kalau tak buang masa baca sepanjang-panjang ayat die tu
(nagative thinking disini)
jangan tiru.
padahal membaca bahan bhse inggris tu sangat la baik
hmmmm...


big clap, smile and congrate kepada
kerana telah menang contest kakiblogger


Saturday, January 8, 2011

ekspresi wajah untuk hari ni

muka ngantuk bangun pagi..
padan la muka..suka sangat tido pas subuh..haha
nak mandi sejuk.jap lagi nak kuar dengan kawan..
baju tak iron lagi..
aku gagahkan diri untuk bangun bersiap..


muka happy nak kuar dengan kawan pergi PC fair kat CS..
kawan aku yang inform kata ada PC fair..
memandangkan aku pun ada benda nak beli..
plus aku ni memang suka menatang gadget bagai..
melonjak gumbira la...huhuhu


muka bosan tunggu bas utm tak sampai-sampai..
bas utm tu tugasnya hantar budak ke jusco and giant..
free tau..sebab tu la aku tunggu..
tapi hampa...


muka senang hati..turun teksi kat jusco je..
bas awam yang nak ke CS pun sampai..hehehe
tak payah aku tunggu lama-lama..


muka bengkek..dah naik teksi pergi jusco..
pastu dah berada dalam bas awam yang nak ke CS tu..
berselisih plak dengan bas utm yang aku tunggu sekian lama tadi..
melayang 2 hengget aku!


muka bengang giler..sebaik saje menjejak kan kaki kedalam CS..
kelihatan laman tengah tu kosong???
what the tutttttttt..
takde PC fair..cesss!!


muka bahagia sebab dapat makan sedap kat food court kota raya..
memandangkan kitorang sampai pun dah tengahari..
PC fair tu plak tak de..
maka berangkat la kami mencari makanan untuk mengisi perut ni..


muka gelak jahat..bila tengok kawan aku salah pakai telekung..
ada ke patut die pakai telekung budak..
hahaha..dengan singkat nya..buat gelak dek orang je..


muka penuh tanda tanya..bila bas ni nak bergerak..
takkan nak tunggu bas ni betul-betul full..
jalan je la..aishhh


muka bersalah..bila mengenangkan kerja yang tak siap lagi..
tapi aku pulak berpoya-poya kat JB ni..
kalau kat hostel..paling kurang pun..
mesti dah siap sebaris ayat..


muka penat..bila dah lama tak berjalan kaki..
pastu tiba-tiba kena berjalan pulak..
aduhh..sakit kaki ku..
yang aku aim nak beli kat PC fair pun tak dapat..
duit habis dok bayar tambang bas..(kemut giler)


muka teruja..sebaik saja tiba kat jusca (nak balik utm semula)
ternampak pula donut yang menyelerakan..
yumm..yumm.yumm..
sambar wat dinner la..walaweyh..


muka berjaya..apabila selamat sampai di utm..
dan dapat menaiki bas utm dari jusco..
jimat duet aku..
kalau lambat sikit tadi memang aku dah bantai naik teksi dah


Friday, January 7, 2011

dialog 2 sahabat

Dialog 1

Ali  : Sedap nasi goreng kat kedai ni..
Abu : Sedap ke??ermmm..Boleh tahan la..Tapi..ko perasan tak??
Ali : Perasan bende plak?
Abu : Tadi bau wangi je. Makin sedap makan..makin busuk plak baunye..
Ali : A'ah ye..Aku perasan jugak.
Abu : Haaa..betol kan..bau busuk kan..bau ape ek??belacan ke..
Ali : Tu laaa..aku rasa aku kentut tadi kot..
Abu : ????


Dialog 2

Minah : Wei, Timah..ko tau tak macam mane nak buat cursor yang comel-comel tu??
Timah : Yang comel macam-macam bentuk kartun tu ke?? Yang macam dalam laptop Bedah tu??
Minah : A'ah yang macam tu lah..
Timah : Aku tak tau la. Aku tak minat yang cursor jenis gitu..Aku suka yang biase je..
Minah : Oooo..ye ke..Tak pe lah..
Timah : Gi la tanye Bedah tu macam mane die buat..
Minah : Tak nak la..
Timah : Kenapa plak??
Minah : Nak jaga ego..
Timah : ??????


Dialog 3

Mona : Jom lunch..aku dah lapar ni
Fendi : Jom la..aku pun lapar gak ni..
Mona : Ehh..cop3x..bukan tadi aku bagi air ko cakap ko pose ke??
Fendi : A'ah..memang aku pose pun..
Mona : Habis tu ko nak gi lunch ape kebende nye ni?
Fendi : Nak makan la..
Mona : Tadi kata pose...
Fendi : Pose air je..nasi tak..
Mona : Hah??
Fendi : Minum air perut buncit, makan nasi banyak berak..
Mona : ????


Dialog 4

Fasha : Weyh, ko boleh masuk toilet jap boleh tak..
Nora : Nak buat ape plak masuk tandas??
Fasha : Masuk je la..tolong cover aku..
Nora : Haa?? cover ko??..ko tak pakai kain ke..
Fasha : Bukan lah..
Nora : Habis tu??
Fasha : Toilet tak boleh pam ni..
Nora : Habis tu? kenapa plak..
Fasha : Aku berak tadi..
Nora : Habis tu ko nak suh aku wat ape ni?
Fasha : Ko masuk tandas..nanti kita kuar tandas sama-sama...
Nora : Kenapa plak??
Fasha : Kalau terserempak dengan orang lain..diorang tak tau..
Nora : Tau ape??
Fasha : Taik sape dalam mangkuk jamban tu..
Nora : ?????


Dialog 5

Romeo : Cuba ko bangun jap..
Juliet : Nak buat ape plak..Malas la..tengah wat keje ni..
Romeo : Alah ko ni..diri kejap je..bukan lama pun..
Juliet : Tak nak..
Romeo : Aku nak cakap something ni.
Juliet : Ape die??
Romeo : Aku rasa ko dah makin tinggi..boleh jadi model..
Juliet : Yeke?? (bangun dengan rasa gembira)
Romeo : Ye..Tangan ko pun dan panjang..jari pun makin runcing..
Juliet : Serius ni?? (senyum lebar)
Romeo : Cuba ko angkat tangan keatas..
Juliet : Kenapa?? (mengangkat tangan tanpa ragu-ragu dan mendongak ke atas)
Romeo : Haa..cuba ko capai botol air aku kat atas rak tu..dahaga ni..
Juliet : ?????

Thursday, January 6, 2011

culture shock..atau ape??

dulu pakaian SOPAN jew...tudung pun pakai lagi..
menurut aurat la jugak walaupun belum sempurna sepenuhnya..


sekarang...tak mampu nak beli kain yang cukup..
"I nak try pakai SEXY jugak la"
"Dia pakai nampak cantik, kalau aku pakai mesti cantik jugak"
hilang kesopanan


dulu..pandai BERJIMAT..beli yang perlu saja..
yang lain masuk tabung..untuk masa depan..


sekarang...tengok orang beli tu..nak jugak..orang pakai ni..nak jugak..
BOROS..ikut kawan punya pasal..tak ingat duit dah KOPAK
masa depan??lain kali pun boleh kumpul duit..


dulu SINGLE...tak kisah pun ada pasangan ke tak..
orang nak cakap tak laku pun
"Ada aku kisah??"
"Yang penting aku hepy"


sekarang..COUPLE
"Sweet nye diorang, aku nak cari makwe/pakwe jugak lah"
tak peduli dah..orang lain nasihat ape..


dulu..STUDY jew..kawan ajak gi tengok wayang pun tak nak..
duduk kat rumah jer..tolong ibu ayah
"Anak dara tak elok keluar malam"


sekarang...kawan/ pasangan ajak gi mane-mane pun ikut jew..
"Weyh, CLUBBING jom.."
dah pandai bersosial TERLAMPAU..lupa halal haram..
yang parents and cikgu ajar dulu


dulu..cakap ELOK-ELOK je..kalau tersalah cakap..
cepat-cepat mintak maaf..
takut orang tersinggung dengan percakapan kita


sekarang..orang cakap kasar..kita ikut cakap kasar jugak..
dah pandai nak MENCARUT..
"Woi babi!..tunggu la aku banggang"
"Nak cepat je..sial betul"
mencarut dah jadi percakapan seharian..
jadi kebiasaan..



CONCLUSION NYA....

dulu...INNOCENT...


sekarang...NONSENSE!!

Tuesday, January 4, 2011

10 makanan yang memikat

1. COKLAT...rasa manis dalam pelbagai bentuk yang menarik 
CHOCOLATE
2. AIS KRIM..kemanisan disebalik kelembutan...sejuk dan menenangkan
ICE-CREAM
 3. AIR BATU CAMPUR..pelbagai rasa dan warna dalam satu suapan
ABC
 4. KEK CAWAN...pelbagai warna dan perisa dengan hiasan yang comel
CUP CAKE
5. DONUT..pelbagai jenis hiasan dan kemanisan..rasa lembut manis dan mengenyangkan
DONUT
6. BANANA SPLIT...rasa buah dalam kemanisan
7. KEK..pelabagai bentuk, warna dan rupa..lembut, manis dan mengasyikkan
CAKE
8. PIE..rasa manis dalam kerangupan dengan pelbagai jenis perisa buahan
BERRY PIE
9. PIZZA...pelabagai hiasan toppings berwarna-warni...rasa yang menyedapkan
PIZZA
10. GULA-GULA...pelbagai perisa dan warna...manis dan comel
CANDY


Monday, January 3, 2011

suburban village????

SMALL AREA PLANNING...DEVELOPING THE SUBURBAN VILLAGE
alkisah..dan kehidupan sebagai student planner pun bermula...

tajuk kat atas tu..apa yang akan aku belajar sem ni untuk subject studio..setelah diadakan sedikit perbincangan bersama lecturer..apa yang aku paham kat sini.SUBURBAN VILLAGE tu merujuk kepada sebuah perkampungan kecil yang dikeliling dengan pembangunan..
kalau tak paham lagi..cenggini la pendek kata..
contohnya..kalau korang tau JOHOR BHARU tu macam ala-ala KL die punya kemajuan
korang takkan sangka..
di tengah-tengah bandar yang maju
tiba-tiba boleh terselit pulak sebuah kampung..
itu la yang dinamakan SUBURBAN VILLAGE..
kalau aku tak silap la..
itu apa yang aku paham..
kalau rasa ragu-ragu boleh la check
blog lecturer aku ni...
for futher info and understanding..

so apa isu-isu pembangunan yang boleh dikaitkan
bila berkata tentang suburban village ni???
macam-macam isu ada...
antaranya..
masalah sosial..
migrasi penduduk..
ketidak seimbangan golongan muda dan tua..
poor accessibility..
kemudahan yang tak lengkap..
income penduduk yang tak memberansangkan..
taburan perumahan yang tidak teratur..
persekitaran yang tercemar dek pembangunan sekeliling nya..
banyak la..fikir sendiri..

sebagai student perancang bandar..hal suburban village ni aku rasa tak sepatut nya ada..sebab suburban village seolah-olah memberi gambaran kepada pembangunan yang tidak seimbang..tak boleh la sekeliling kawasan tu maju..tapi kat tengah-tengah tu terselit kampung yang masih mundur dan tidak membangun..
ini tidak adil!!!(suara bantahan yang lantang)

pembangunan perlu seimbang dalam dan luar bandar supaya kemudahan yang diperoleh sama rata..semua orang pun dapat menikmati setiap keistimewaan bersama-sama..pembangunan di perkampungan sangat penting supaya perancang bandar boleh improve persekitaran tempat tersebut..selain itu boleh juga beri peluang pekerjaan kepada penduduk setempat..banyak kebaikan pembangunan suburban village ni..

suatu hal yang menjadi perhatian aku..macam mana kita nak menyelesaikan masalah kemiskinan...walaupun PM kita dok laungkan Zero Kemiskinan..aku tetap yakin masih ada sorang dua orang miskin yang terselit kat bumi Malaysia ni..mustahil boleh capai angka zero..

kalau yang betul-betul daif dan miskin..tidak mempunyai rumah yang baik..dan yang tinggal di setinggan bagaimana perancang bandar dapat membantu mengatasi masalah ni..kalau orang ramai mencadangkan bina rumah kos rendah..mampu kah bagi mereka golongan miskin..walupun nama nya rumah kos rendah...paling kurang pun aku rasa mungkin 40 ribu...itu lah yang menjadi persoalan..umah kos rendah bagi kita..tapi mampukah bagi mereka??..dan aku rasa agak mustahil kerajaan nak bagi rumah free of charge kat orang miskin..so macam mana ni planner sekalian..

ok..dah teralih topik nampaknya..dari suburban village kepada orang miskin..aku nak cakap secara jujur ni..jauh kat sudut aku ni..aku harap semua orang kat dunia dapat menikmati benda yang sama..tak kira miskin atau kaya..kalau orang yang kaya boleh hidup selesa..aku nak orang miskin pun hidup selesa..biar pun rumah belum tentu sebesar mahligai istana..kalau orang kaya dapat makan sedap-sedap..aku nak orang miskin pun dapat makan sedap-sedap jugak biarpun belum tentu makanannya tak semahal makanan orang kaya..

dan aku harap suatu hari nanti bukan KL je yang ada LRT, MONOREL, KTM segala bagai tu..aku nak kat semua tempat dalam Malaysia ni pun macam tu jugak...barulah adil..fyi, aku rasa naik benda tu semua lebih selamat daripada naik bas dan teksi..so, to all planners in Malaysia ni..i do think we need to think out of the box..jangan terlalu memberi tumpuan untuk membangun kan bandar yang dah sedia maju..kita juga perlu concern kat setiap ceruk dan pelosok tempat..supaya tiada yang ketinggalan..manalah tau tempat yang korang majukan tu akan jadi sebuah mega city ke one day..who knoes..

hmmm...ok whatever it is..pembangunan yang dijalan kan perlu seimbang dan tidak menjejaskan ekosistem..sistem utiliti juga perlu dirancang dengan baik agar tidak mendatangkan kemudaratan di kemudian hari..dan yang paling penting pelihara kehijauan..jangan tumbangkan semua pokok sampai penduduk kat muka bumi ni tak boleh bernafas sebab kepanasan..

pembangunan tidak sepatutnya menjadi penyebab global warming..
help...i can't breath....

Saturday, January 1, 2011

selamat datang 2011

Jam pun berdetik menginjak ke jam 12.00 midnight..dan tahun baru 2011 pun bakal menjelang tiba..
2010 pun berlalu memberi seribu erti...

10.00 pm : bertolak ke kinrara untuk menjamah sate dan mee claypot
11.20 pm : beli tiket nak balik utm..transnasional..ahad,2hb jam 7.30 pagi..tak bleh bla
12.00 pm : tercongok depan umah tengok bunga api...10 minit berlalu...bunga api tahun baru pon habis
12.10 pm : niat azam baru..weee

1. SAVE MONEY!!
Nak berjimat cermat..paling kurang pun dapat save RM300 duit pt pon ok dah..wahahaha...
2. UP POINTER!!
Nak belajar rajin sikit dari sem lepas..supaya sem ni naek sikit...hehehe..boleh kew??
3. BE MORE GOOD!!
Niat hati nak melakukan hijrah..daripada yang dah sedia baik biasa-biasa aja..jadi lebih baik...banyakkan baca Quran and solat sunat..aminnnn...
4. NO MORE TUANG KELAS!!
Semoga aku dapat hadir semua lect..niat baik aku tak nak ponteng kelas sem ni..hehehe..ntah boleh ke tidak ni..di buat nye penat..orang gi kelas aku bantai tidor..
5. ON TIME!!
Buat kerja tak nak tangguh dah..hehehe..dapat je buat terus..euwww..hahaha..baek punya..
6. WATER..WATER..WATER!!
Banyak minum air masak..kurang kan manis dalam minuman..tambahkan manis dalam senyuman..perghh ini pun boleh buat azam..so this year aku nak tingkat keupayaan aku minum air mineral..


perghhh..azam tak boleh bla..berjaya atau tak we'll see end of the year okay..kalau pnjang umur..
daaa..semoga azam tahun baru semua orang kat muka bumi ni tercapai..amin!!!