Showing posts with label dunia pembangunan bandar. Show all posts
Showing posts with label dunia pembangunan bandar. Show all posts

Friday, January 14, 2011

big smile today

hari ni..kalau ada org sakitkan hati aku pon..aku takkan marah...
aku rasa nak senyum kat satu dunia..
senyum lebar-lebar punya..
bagi nampak setiap batang gigi aku yang tak berapa nak comel ni..
dussshhh...selekeh betul..
hahaha...



pasal apa la jadi tak berapa betul hari ni ek??
hari ni bersaksi kan kerusi meja di studio aku..
aku telah menyiapkan projek pertama aku untuk sem ni dengan jayanya...
siap awal 2 hari tu..jangan maen-maen bro...
wwweeeee...happy giler ni..
penat senyum dah ni...
selalu nya esok nak hantar...
malam ni baru aku bersekang mata nak siapkan..
tapi sekarang terbaik sudah..wahahaha..
bunyi happy macam dapat A dah kot..

so selama aku tak menjenguk blog ni..
ni la die hasil yang aku dapat..
mungkin tak cantik seperti sem lepas..
sebabnya lecturer aku kali ni...
lebih mementing kan huraian isi dan penyampaian..

alkisah sebelum aku menghasilkan semua panel ni..
(idea jahat) ok aku akan karang ayat nya melalui pemerhatian aku..
sebab dulu aku penah bertapak kat luar bandar jugak..
ngeng..ni pasal pinggir bandar bukan luar bandar..
kat situ pon dah salah...wahahaha
ayat buat sendiri baek punya..
bila time lecturer tengok..
(tengok kerja ahli group aku yang lain la)
"haa..kamu punya ni dah ok.."
"TAPI...saya prefer kamu letak daripada mana kamu tau isu ni semua"
"siapa yang cakap macam ni, macam tu"

aku pon..
"erkkk..alamak..nak kena bukti ada orang yang berbicara pasal isu tu la plak"
"takkan aku nak tulis oleh aku sendiri"
sebab ayat nye aku karang sendiri..
aisemen...bazir masa tul cari idea bina ayat...
hahaha..sememangnya..
aku ni amatlah pemalas nak mengoogle cari maklumat
pasal nya maklumat dan info tu dalam bahasa inggeris
nak pergi bantai baca sepatah-sepatah tu..
hisshhh...maleh la den..
tu pon klu info nye berguna..
kalau tak buang masa baca sepanjang-panjang ayat die tu
(nagative thinking disini)
jangan tiru.
padahal membaca bahan bhse inggris tu sangat la baik
hmmmm...


big clap, smile and congrate kepada
kerana telah menang contest kakiblogger


Monday, January 3, 2011

suburban village????

SMALL AREA PLANNING...DEVELOPING THE SUBURBAN VILLAGE
alkisah..dan kehidupan sebagai student planner pun bermula...

tajuk kat atas tu..apa yang akan aku belajar sem ni untuk subject studio..setelah diadakan sedikit perbincangan bersama lecturer..apa yang aku paham kat sini.SUBURBAN VILLAGE tu merujuk kepada sebuah perkampungan kecil yang dikeliling dengan pembangunan..
kalau tak paham lagi..cenggini la pendek kata..
contohnya..kalau korang tau JOHOR BHARU tu macam ala-ala KL die punya kemajuan
korang takkan sangka..
di tengah-tengah bandar yang maju
tiba-tiba boleh terselit pulak sebuah kampung..
itu la yang dinamakan SUBURBAN VILLAGE..
kalau aku tak silap la..
itu apa yang aku paham..
kalau rasa ragu-ragu boleh la check
blog lecturer aku ni...
for futher info and understanding..

so apa isu-isu pembangunan yang boleh dikaitkan
bila berkata tentang suburban village ni???
macam-macam isu ada...
antaranya..
masalah sosial..
migrasi penduduk..
ketidak seimbangan golongan muda dan tua..
poor accessibility..
kemudahan yang tak lengkap..
income penduduk yang tak memberansangkan..
taburan perumahan yang tidak teratur..
persekitaran yang tercemar dek pembangunan sekeliling nya..
banyak la..fikir sendiri..

sebagai student perancang bandar..hal suburban village ni aku rasa tak sepatut nya ada..sebab suburban village seolah-olah memberi gambaran kepada pembangunan yang tidak seimbang..tak boleh la sekeliling kawasan tu maju..tapi kat tengah-tengah tu terselit kampung yang masih mundur dan tidak membangun..
ini tidak adil!!!(suara bantahan yang lantang)

pembangunan perlu seimbang dalam dan luar bandar supaya kemudahan yang diperoleh sama rata..semua orang pun dapat menikmati setiap keistimewaan bersama-sama..pembangunan di perkampungan sangat penting supaya perancang bandar boleh improve persekitaran tempat tersebut..selain itu boleh juga beri peluang pekerjaan kepada penduduk setempat..banyak kebaikan pembangunan suburban village ni..

suatu hal yang menjadi perhatian aku..macam mana kita nak menyelesaikan masalah kemiskinan...walaupun PM kita dok laungkan Zero Kemiskinan..aku tetap yakin masih ada sorang dua orang miskin yang terselit kat bumi Malaysia ni..mustahil boleh capai angka zero..

kalau yang betul-betul daif dan miskin..tidak mempunyai rumah yang baik..dan yang tinggal di setinggan bagaimana perancang bandar dapat membantu mengatasi masalah ni..kalau orang ramai mencadangkan bina rumah kos rendah..mampu kah bagi mereka golongan miskin..walupun nama nya rumah kos rendah...paling kurang pun aku rasa mungkin 40 ribu...itu lah yang menjadi persoalan..umah kos rendah bagi kita..tapi mampukah bagi mereka??..dan aku rasa agak mustahil kerajaan nak bagi rumah free of charge kat orang miskin..so macam mana ni planner sekalian..

ok..dah teralih topik nampaknya..dari suburban village kepada orang miskin..aku nak cakap secara jujur ni..jauh kat sudut aku ni..aku harap semua orang kat dunia dapat menikmati benda yang sama..tak kira miskin atau kaya..kalau orang yang kaya boleh hidup selesa..aku nak orang miskin pun hidup selesa..biar pun rumah belum tentu sebesar mahligai istana..kalau orang kaya dapat makan sedap-sedap..aku nak orang miskin pun dapat makan sedap-sedap jugak biarpun belum tentu makanannya tak semahal makanan orang kaya..

dan aku harap suatu hari nanti bukan KL je yang ada LRT, MONOREL, KTM segala bagai tu..aku nak kat semua tempat dalam Malaysia ni pun macam tu jugak...barulah adil..fyi, aku rasa naik benda tu semua lebih selamat daripada naik bas dan teksi..so, to all planners in Malaysia ni..i do think we need to think out of the box..jangan terlalu memberi tumpuan untuk membangun kan bandar yang dah sedia maju..kita juga perlu concern kat setiap ceruk dan pelosok tempat..supaya tiada yang ketinggalan..manalah tau tempat yang korang majukan tu akan jadi sebuah mega city ke one day..who knoes..

hmmm...ok whatever it is..pembangunan yang dijalan kan perlu seimbang dan tidak menjejaskan ekosistem..sistem utiliti juga perlu dirancang dengan baik agar tidak mendatangkan kemudaratan di kemudian hari..dan yang paling penting pelihara kehijauan..jangan tumbangkan semua pokok sampai penduduk kat muka bumi ni tak boleh bernafas sebab kepanasan..

pembangunan tidak sepatutnya menjadi penyebab global warming..
help...i can't breath....