Showing posts with label peringatan bersama. Show all posts
Showing posts with label peringatan bersama. Show all posts

Saturday, December 18, 2010

matahari

Canggih betul teknologi zaman sekarang ni..Gambar matahari yang panas tu pun boleh diambil..Konfius gak aku yang tak berapa pandai ni. Kalau berlaku kebakaran pun boleh jadi abu. Ini kan lagi matahari...hmm agak-agak nya..Canon model ape ye??Lens jenis ape ea..hehehe..sengal..pasti nya ada alat yang lebih canggih dari Canon...well..lets check it out..betul atau tidak..wallahualam..


Gambar-gambar di bawah adalah imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy of Science pada 14 Nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope.


dari jarak 5000km
Sebagai Renungan:
Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril :
wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah :
sebanyak mana sedikit itu?

Jibril :
sebesar kurma...

Zabaniah :
kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh
lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril :
kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah :
kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya
tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk
berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

PENGAJARAN :
Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa
disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja
itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri.
SEBESAR ZARAH SAHAJA.


Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam"
(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith)



Pedoman hidup


Mohon keampunan selalu atas dosa2 kita.....
Sesungguhnya kita tak mampu menanggung siksaan api neraka..

Saturday, August 28, 2010

bagaimana rumah kita nanti???

hmmmmm..petang2 nak dekat bukak pose ni teringat plak dekat ayah...
one thing yg aku suka gilew pasal ayah aku...
die selalu bg kami tazkirah bile otw nak balik kampung...

ayah dan adik tersayang

then one day tu..perumpamaan yg ayah bagi sgt simple dan senang nak faham...
ayah cakap...kita selalu usaha dan fikir masa depan kita kat dunia ni macam mana..
kita usaha untuk memebeli kereta yang terbaik...
rumah yang besar dan selesa...
tp penah tak kita fikir rumah kita kat akhirat nanti...
penah tak kita berusaha untuk membina dan mendapat rumah yang baik kat "sana" nanti..
sebenarnya manusia tidak sedar segala perbuatan dan amalan yang mereka lakukan setiap hari dan setiap masa tu menyumbang kepada jenis rumah yang akan kita diami di sana nanti..
so secara simple nya kat sini aku faham maksud ayah...
kalau banyak, baik dan sempurna amalan harian kita sepanjang kita hidup kat dunia ni, maka baik jugak lah rumah kita disana nanti...
kalau buruk amalan kita, maka buruk jugalah rumah kita disana...
dan sedar tak sedar...dalam kita berusaha untuk menperoleh kehidupan yang baik kat dunia ni..
kita juga sedang membina rumah kita di "sana" nanti..hmmmmm...
rindu nya saya kat ayah...
cuma saya rasa rugi sikit...
waktu kecik dulu..ayah kerja jauh dari kami dan ibu...
so..apa nak cakap kat sini sebenarnya..
rugi sebab tak dapat manja2 la..hahaha
sekarang dah tua bangka..
jeles tengok adik yang last tu..baik betul die dengan ayah...
sampai satu hari tu ayah penah cakap..adik tu buah hati pengarang jantung die...
ishhhh3x....jeles betul...
hahaha...manusia...biasa la tu kan...

last but not least...
balance kan kehidupan anda...
supaya anda memperoleh kehidupan yang terbaik...
sekarang, akan datang dan yang selamanya...