Monday, December 13, 2010

wajah baru

maal hijrah dah lepas..tahun 2011 dah tak lama lagi
selalunya waktu-waktu macam ni la nak pasang azam baru
dan sekarang baru aku perasaan
dah lama aku tak menanam azam
patut la tak bercambah
tak membesar
patut la jugak tanah aku tak subur
(karut marut carut tol)
sejak habis form 5 ni la
aku sedar aku dah tak lagi nak tanam azam baru ke apa
setiap kali tiba tahun baru
berlalu macam tu je
macam tak ada target
tahun ni nak capai apa benda

so azam tahun baru maal hijrah aku ni
aku nak berubah la jadi yang lebih baik sikit
ibu suruh aku kuruskan badan
untuk azam tahun baru ni
aku dengan selamba nya cakap
"tak nak la ibu"
"azam tahun baru nak try capai 3.5"
ibu terdiam
berjaya ke tidak agak nya..

tunggulah habis sem 4 tahun depan ye
hurmmm...
praktikal semakin dekat..
cesss
kacau daun betul
habis cuti sem aku
(aku marah ni!)

Monday, December 6, 2010

supernatural

hmmm...sejak form 1 sampailah kat u sekarang ni...dok tinggal kat hostel..so, for sure la jarang tengok tv..banyak jugak la cerita best yang terlepas tengok and yang tak habis tengok..kalau nak senarai kan memang panjang la..hohoho..and so sekarang bila time cuti sem tiba...ni la masa nya nak topup balik.kui3x...

urmmm..tapi...yang peliknya...tak tau lah kenapa aku pilih untuk tengok supernatural...padahal banyak lagi citer tv laen yang dok berhabuk dalam hard disk merah kesayangan aku ni..mungkin terperngaruh dengan ex-rumet aku yang comey tu kot..huhuhu(jgn kembang!)

supernatural..memang best la gandingan adik beradik dean and sammy dalam citer tu...bile aku tengok plak..time tengah malam kul 12 lebih..nak dapat feel la katakan..pasang volume kuat tak payah cakap la kan...nak wujudkan sound effect yang bagus kat gegendang telinga aku ni..

adik aku yang dua orang tue menyumbang jugak kepada "feel" aku ni..hoho..tengah dok suspen hantu nak kuar tibe-tibe bantal peluk mereka terjojol atas kepala aku..(aku dok landing kat bawah tepi katil)..boley imagine kan..hmmm..ingat pocong mana la datang nak tengok dengan aku..cesss...bertambah suspen...

tapi sejujur nya ingin aku katakan...suspen dan seram tu tak de feel sangat...
hmmm..yang feel nya...
tengok supernatural...air mata ni dok asyik kuar je..
pe jadah tau...
hmmm..may be..sebab ikatan kekeluargaan tu kot...
hahaha...bungek sungguh!..tengok supernatural pun boleh nanges...
betol la adik aku cakap kot

"kakak ni, muka nampak brutal...tapi cengeng"
"senyap arh ko dik!!!"
hahaha..bungek..bungek...


sebelum ni dah habis kan cite anaconda yang tak besh tu...
and dah habiskan 4 cite home alone yang kelakar tu...gelak bagai...
pecah perut..gelak tergolek2 aku..(tajuk novel sudah)..
ok..ade lagi 4 season to go..go go go..chaiyok!...
nak tengok supernatural..huhuhu..

Wednesday, December 1, 2010

sahabat ku

sayangi lah aku dengan erti kata sebenar-benar persahabatan
hargai lah aku dengan erti kata sebenar-benar kawan
kita tidak tahu apa yang bakal menyusul dimasa akan datang
andai kebaikan sentiasa mendampingi..alhamdulillah
tapi andai keburukan yang menjadi ujian..
temanilah aku menghadapinya

jika kita kawan
jika kita rakan
jika kita sahabat...

bantulah aku dalam setiap susah dan senang ku
dampingilah aku disaat sedih dan gembira ku
bersamalah aku dalam setiap kegagalan dan kejayaan
ingatilah aku dalam setiap tingkah laku ku

andai suatu hari nanti aku terpesong dari jalan yang lurus
tegurlah aku..nasihatilah aku..sedarkan lah aku..
andai jawapan yang akan kuberikan diketika dan saat itu
menyakiti hati mu..aku minta kau bersabar wahai sahabat
teruslah mendampingi ku..teruslah menasihati ku..
jangan putus menyedarkan aku..

kerana..disuatu saat nanti..pasti aku akan berterima kasih kepada mu
bila aku tahu kesalahan ku..dan aku tahu kau sentiasa bersama ku
aku menghargai mu..
sahabat ku..
sayangilah aku..bukan saja didunia..tapi juga demi kebaikan ku di akhirat sana..