Tuesday, January 4, 2011

10 makanan yang memikat

1. COKLAT...rasa manis dalam pelbagai bentuk yang menarik 
CHOCOLATE
2. AIS KRIM..kemanisan disebalik kelembutan...sejuk dan menenangkan
ICE-CREAM
 3. AIR BATU CAMPUR..pelbagai rasa dan warna dalam satu suapan
ABC
 4. KEK CAWAN...pelbagai warna dan perisa dengan hiasan yang comel
CUP CAKE
5. DONUT..pelbagai jenis hiasan dan kemanisan..rasa lembut manis dan mengenyangkan
DONUT
6. BANANA SPLIT...rasa buah dalam kemanisan
7. KEK..pelabagai bentuk, warna dan rupa..lembut, manis dan mengasyikkan
CAKE
8. PIE..rasa manis dalam kerangupan dengan pelbagai jenis perisa buahan
BERRY PIE
9. PIZZA...pelabagai hiasan toppings berwarna-warni...rasa yang menyedapkan
PIZZA
10. GULA-GULA...pelbagai perisa dan warna...manis dan comel
CANDY


Monday, January 3, 2011

suburban village????

SMALL AREA PLANNING...DEVELOPING THE SUBURBAN VILLAGE
alkisah..dan kehidupan sebagai student planner pun bermula...

tajuk kat atas tu..apa yang akan aku belajar sem ni untuk subject studio..setelah diadakan sedikit perbincangan bersama lecturer..apa yang aku paham kat sini.SUBURBAN VILLAGE tu merujuk kepada sebuah perkampungan kecil yang dikeliling dengan pembangunan..
kalau tak paham lagi..cenggini la pendek kata..
contohnya..kalau korang tau JOHOR BHARU tu macam ala-ala KL die punya kemajuan
korang takkan sangka..
di tengah-tengah bandar yang maju
tiba-tiba boleh terselit pulak sebuah kampung..
itu la yang dinamakan SUBURBAN VILLAGE..
kalau aku tak silap la..
itu apa yang aku paham..
kalau rasa ragu-ragu boleh la check
blog lecturer aku ni...
for futher info and understanding..

so apa isu-isu pembangunan yang boleh dikaitkan
bila berkata tentang suburban village ni???
macam-macam isu ada...
antaranya..
masalah sosial..
migrasi penduduk..
ketidak seimbangan golongan muda dan tua..
poor accessibility..
kemudahan yang tak lengkap..
income penduduk yang tak memberansangkan..
taburan perumahan yang tidak teratur..
persekitaran yang tercemar dek pembangunan sekeliling nya..
banyak la..fikir sendiri..

sebagai student perancang bandar..hal suburban village ni aku rasa tak sepatut nya ada..sebab suburban village seolah-olah memberi gambaran kepada pembangunan yang tidak seimbang..tak boleh la sekeliling kawasan tu maju..tapi kat tengah-tengah tu terselit kampung yang masih mundur dan tidak membangun..
ini tidak adil!!!(suara bantahan yang lantang)

pembangunan perlu seimbang dalam dan luar bandar supaya kemudahan yang diperoleh sama rata..semua orang pun dapat menikmati setiap keistimewaan bersama-sama..pembangunan di perkampungan sangat penting supaya perancang bandar boleh improve persekitaran tempat tersebut..selain itu boleh juga beri peluang pekerjaan kepada penduduk setempat..banyak kebaikan pembangunan suburban village ni..

suatu hal yang menjadi perhatian aku..macam mana kita nak menyelesaikan masalah kemiskinan...walaupun PM kita dok laungkan Zero Kemiskinan..aku tetap yakin masih ada sorang dua orang miskin yang terselit kat bumi Malaysia ni..mustahil boleh capai angka zero..

kalau yang betul-betul daif dan miskin..tidak mempunyai rumah yang baik..dan yang tinggal di setinggan bagaimana perancang bandar dapat membantu mengatasi masalah ni..kalau orang ramai mencadangkan bina rumah kos rendah..mampu kah bagi mereka golongan miskin..walupun nama nya rumah kos rendah...paling kurang pun aku rasa mungkin 40 ribu...itu lah yang menjadi persoalan..umah kos rendah bagi kita..tapi mampukah bagi mereka??..dan aku rasa agak mustahil kerajaan nak bagi rumah free of charge kat orang miskin..so macam mana ni planner sekalian..

ok..dah teralih topik nampaknya..dari suburban village kepada orang miskin..aku nak cakap secara jujur ni..jauh kat sudut aku ni..aku harap semua orang kat dunia dapat menikmati benda yang sama..tak kira miskin atau kaya..kalau orang yang kaya boleh hidup selesa..aku nak orang miskin pun hidup selesa..biar pun rumah belum tentu sebesar mahligai istana..kalau orang kaya dapat makan sedap-sedap..aku nak orang miskin pun dapat makan sedap-sedap jugak biarpun belum tentu makanannya tak semahal makanan orang kaya..

dan aku harap suatu hari nanti bukan KL je yang ada LRT, MONOREL, KTM segala bagai tu..aku nak kat semua tempat dalam Malaysia ni pun macam tu jugak...barulah adil..fyi, aku rasa naik benda tu semua lebih selamat daripada naik bas dan teksi..so, to all planners in Malaysia ni..i do think we need to think out of the box..jangan terlalu memberi tumpuan untuk membangun kan bandar yang dah sedia maju..kita juga perlu concern kat setiap ceruk dan pelosok tempat..supaya tiada yang ketinggalan..manalah tau tempat yang korang majukan tu akan jadi sebuah mega city ke one day..who knoes..

hmmm...ok whatever it is..pembangunan yang dijalan kan perlu seimbang dan tidak menjejaskan ekosistem..sistem utiliti juga perlu dirancang dengan baik agar tidak mendatangkan kemudaratan di kemudian hari..dan yang paling penting pelihara kehijauan..jangan tumbangkan semua pokok sampai penduduk kat muka bumi ni tak boleh bernafas sebab kepanasan..

pembangunan tidak sepatutnya menjadi penyebab global warming..
help...i can't breath....

Saturday, January 1, 2011

selamat datang 2011

Jam pun berdetik menginjak ke jam 12.00 midnight..dan tahun baru 2011 pun bakal menjelang tiba..
2010 pun berlalu memberi seribu erti...

10.00 pm : bertolak ke kinrara untuk menjamah sate dan mee claypot
11.20 pm : beli tiket nak balik utm..transnasional..ahad,2hb jam 7.30 pagi..tak bleh bla
12.00 pm : tercongok depan umah tengok bunga api...10 minit berlalu...bunga api tahun baru pon habis
12.10 pm : niat azam baru..weee

1. SAVE MONEY!!
Nak berjimat cermat..paling kurang pun dapat save RM300 duit pt pon ok dah..wahahaha...
2. UP POINTER!!
Nak belajar rajin sikit dari sem lepas..supaya sem ni naek sikit...hehehe..boleh kew??
3. BE MORE GOOD!!
Niat hati nak melakukan hijrah..daripada yang dah sedia baik biasa-biasa aja..jadi lebih baik...banyakkan baca Quran and solat sunat..aminnnn...
4. NO MORE TUANG KELAS!!
Semoga aku dapat hadir semua lect..niat baik aku tak nak ponteng kelas sem ni..hehehe..ntah boleh ke tidak ni..di buat nye penat..orang gi kelas aku bantai tidor..
5. ON TIME!!
Buat kerja tak nak tangguh dah..hehehe..dapat je buat terus..euwww..hahaha..baek punya..
6. WATER..WATER..WATER!!
Banyak minum air masak..kurang kan manis dalam minuman..tambahkan manis dalam senyuman..perghh ini pun boleh buat azam..so this year aku nak tingkat keupayaan aku minum air mineral..


perghhh..azam tak boleh bla..berjaya atau tak we'll see end of the year okay..kalau pnjang umur..
daaa..semoga azam tahun baru semua orang kat muka bumi ni tercapai..amin!!!