Thursday, December 30, 2010

harimau malaya juara


Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2010
Harimau VS Garuda
Macam-macam kontroversi terpampang kat dada akhbar mengenai perlawanan Piala AFF Suzuki yang berlangsung pada hari Ahad, 25hb.. Penyokong Malaysia dikatakan telah mengganggu konsentrasi pemain Indonesia terutamaya penjaga gol mereke iaitu si Markus dengan tembakan laser..perghh..memang hangat la topik laser tu..dan yang paling tak boleh bla nye..Markus tu siap keluar padang lagi sebagai tanda protes dan permainan pun telah berhenti selama 5 minit. wow..panas..panas..kontroversi habis ni..ingat artis je ke ada kontroversi..pemain bola sepak pun ada tau..tapi walau apa pun pemain Malaysia telah berjaya menyumbat 3 gol sebagai bekalan untuk perlawanan di Indoenesia pula..ok great job team Malaysia!!..terutamnya kepada pemain jersey no10, Safee..memang power la beliau menyumbat gol..

muaaahhh..gol..gol..wahahaha

ishhh..gatal nye si Gonzales ni...hahahaha

Harimau Malaya
Laskar Garuda
29hb, Rabu..setelah kemenagan 3-0 ke atas Indonesia ternyata pihak Indonesia tidak dapat menumpaskan team Malaysia..sekali lagi GREAT JOB.and tahniah...ok kali ni especially untuk penjaga gol Malaysia..Khairul Fahmi a.k.a apek..beliau telah berjaya mematahkan 10 serangan Indonesia ke atas Malaysia..sepakan penalti pun pemain Indonesia tak berjaya sumbat..hohoho...hebat..hebat...tapi perlawanan kali ni sangat menarik sebab nya...tak tau lah dari mana datang nya semangat team Indonesia...sebab diorang bermain dengan begitu agresif sekali..dan kalau tengok..ternyata team Malaysia terkedu dan lebih banyak bertahan daripada menyerang..apa pun...syabas kepada pertahanan Malaysia kerana berjaya menghalang serangan pihak lawan ke gawang kita..walaupun team Indonesia berjaya sumbat 2 gol..kemenangan telah berpihak kepada team kita..hohoho...gembiranya aku...


Laser mata kau..gagaga

Awas ya Malaysia...ngee

penyokong Malaysia yang bersemangat
penyokong Indonesia yang sycho habes..
memang best bila team kita menang..tak sia-sia memberi sokong bagai nak rak..hilang keperempuanan ku bila tengok perlawanan bola sepak..habis kuar suara jantan tatkala melihat team kita berjaya menyumbat gol..wahahaha...dan yang paling best sekali bila team Malaysia menang ni..ayah pun dengan baik hati belanja sate kajang, mee claypot and sizzling hot plate..huhuhuhu..kenyang..kenyang...
yum..yum..yum..

mee claypot baek punya..
perghhh..urrrkkk..kenyang!
-pengakuan jujur..gambar segala makanan tak sempat ambik pasal gelojoh sangat..hahaha(kamera tertinggal daa...-

Wednesday, December 29, 2010

lestary-hani

cerita hani yang disiarkan setiap selasa pukul 9 malam tu..aku rasa boleh tahan gak jalan cerita nya..
sebab apa..mula-mula lagi heroin dah sakit kan...aku rasa dia ada barah otak tu..bukan migrain lagi dah..
ok sebenarnya bukan nak cerita sangat pasal slot lestary tu.

cuma episod yang keberapa entah...semalam la..aku nampak sesuatu yang kurang aku senangi..
nak tau apa..scene yang mana si hani tu belajar sambil baring kat atas katil. ada ke patut kaki dia menghala ke arah poster dinding yang tertulis kalimah ALLAH. Agak-agak la kot ye pun..hampeh betul...hormat sikit tolong..
aku rasa waktu penggambaran tu tengah buat..mesti ramai orang..ada pengarah, penerbit, pelakon lain, mekup artis ke pembantu lain bla bla bla...takkan la sorang pun tak perasan..adoyai..bengong betul la...

tak puas hati betul aku...hish...nak landing angkat-angkat kaki pun tengok la dulu persekitaran...lagi satu..tak logik betul gincu tebal-tebal dok dalam rumah...berlakon biarlah nampak real.dalam umah pun pakai makeup ke...rimas nye..mekup nipis ala kadar sudah...hahaha..ok itu pendapat aku...

apa pun..ost cerita tu memang best...



slot lestary - HANI

Saturday, December 18, 2010

matahari

Canggih betul teknologi zaman sekarang ni..Gambar matahari yang panas tu pun boleh diambil..Konfius gak aku yang tak berapa pandai ni. Kalau berlaku kebakaran pun boleh jadi abu. Ini kan lagi matahari...hmm agak-agak nya..Canon model ape ye??Lens jenis ape ea..hehehe..sengal..pasti nya ada alat yang lebih canggih dari Canon...well..lets check it out..betul atau tidak..wallahualam..


Gambar-gambar di bawah adalah imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy of Science pada 14 Nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope.


dari jarak 5000km
Sebagai Renungan:
Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril :
wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah :
sebanyak mana sedikit itu?

Jibril :
sebesar kurma...

Zabaniah :
kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh
lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril :
kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah :
kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya
tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk
berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

PENGAJARAN :
Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa
disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja
itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri.
SEBESAR ZARAH SAHAJA.


Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam"
(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith)



Pedoman hidup


Mohon keampunan selalu atas dosa2 kita.....
Sesungguhnya kita tak mampu menanggung siksaan api neraka..