Wednesday, December 1, 2010

sahabat ku

sayangi lah aku dengan erti kata sebenar-benar persahabatan
hargai lah aku dengan erti kata sebenar-benar kawan
kita tidak tahu apa yang bakal menyusul dimasa akan datang
andai kebaikan sentiasa mendampingi..alhamdulillah
tapi andai keburukan yang menjadi ujian..
temanilah aku menghadapinya

jika kita kawan
jika kita rakan
jika kita sahabat...

bantulah aku dalam setiap susah dan senang ku
dampingilah aku disaat sedih dan gembira ku
bersamalah aku dalam setiap kegagalan dan kejayaan
ingatilah aku dalam setiap tingkah laku ku

andai suatu hari nanti aku terpesong dari jalan yang lurus
tegurlah aku..nasihatilah aku..sedarkan lah aku..
andai jawapan yang akan kuberikan diketika dan saat itu
menyakiti hati mu..aku minta kau bersabar wahai sahabat
teruslah mendampingi ku..teruslah menasihati ku..
jangan putus menyedarkan aku..

kerana..disuatu saat nanti..pasti aku akan berterima kasih kepada mu
bila aku tahu kesalahan ku..dan aku tahu kau sentiasa bersama ku
aku menghargai mu..
sahabat ku..
sayangilah aku..bukan saja didunia..tapi juga demi kebaikan ku di akhirat sana..

No comments:

Post a Comment