Friday, December 17, 2010

tips untuk pulih dari putus cinta

1. LUAHKAN
Aku sure setiap orang dalam dunia ni mesti ada kawan baik atau orang yang terdekat dengan diri mereka. Atau dalam erti kata lain nya seseorang yang boleh berkongsi rasa suka dan duka dengan kita. Walaupun ada sesetengah orang berpendapat, bila kita cerita masalah kita pada orang lain, kita ni macam orang yang kurang kasih sayang. Hell of that kind of thought. Lantaklah apa orang lain nak cakap. Yang pasti kita akan rasa lebih OK apabila meluahkan nya.

"aku dah putus dengan dia"..hmm sabarlah

2. JANGAN MERAYU DAN MEMINTA BALIK
Apabila pasangan korang dengan rasminya mengucapkan kata clash. Jangan la korang cuba untuk merayu lagi atau meminta hubungan tu seperti sediakala. Sebab aku yakin, apabila pasangan korang dah mintak putus maknanya dia mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat demikian. Kalau korang merayu dan atas dasar kasihan pasangan korang setuju terima rayuan korang tu, ada kemungkinan untuk putus lagi dan akhirnya korang jugak yang kecewa buat kali kedua nya.

3. JANGAN TANYA ALASAN
Tips ketiga ni terpulang kepada individu, ada yang ingin tahu sebab apa mereka di "clashkan" dari pasangan mereka dan ada juga yang tak nak ambil tahu. Bagi aku lebih baik jangan tanya alsan sebab apa pasangan korang mintak putus sebab nanti korang juga yang akan rasa "down". Pasangan korang semestinya akan bagi beribu alasan yang menyatakan kelemahan dan kekurangan diri korang semata-mata untuk menampakkan diri mereka labih baik dan korang tak layak pun untuk diorang. Sila klik untuk dengar liriknya.


4. BERFIKIRAN POSITIF
Jangan salahkan diri sendiri kalau hubungan cinta tu terputus. Dan jangan juga salahkan bekas pasangan korang. Sebabnya korang harus percaya setiap perkara yang terjadi tu mesti ada hikmah disebaliknya. Mungkin Allah dah takdirkan kita dengan orang yang lain yang lebih baik. Yang penting percaya pada jodoh kerana telah tertulis sebaris nama yang akan menjadi pasangan korang. So, walaupun dah putus tetap kena berfikiran positif. InsyaAllah hati akan lebih tenang.

5. LEPASKAN TENSION YANG ADA
Part ni paling best sebab setiap orang ada cara masing-masing apabila berdepan dengan masalah dan ketensionan. Ada orang suka duduk tepi pantai menjerit. Ada jugak yang suka makan, suka shopping, suka nyanyi kuat-kuat, ada jugak yang suka tulis masalah nya atas kertas lepas tu bakar. Macam-macam la kan. Buat la sebanyak mungkin agar korang dapat rasa relax dan lupakan semua yang terjadi. Lepas tu tarik nafas dalam-dalam dengan kalimah bismillah, niat la untuk mulakan hidup baru yang lebih bermakna.

aaaargggghhh!!!!

shopping to relese tension
makan banyak-banyak
6. SIBUKKAN DIRI DENGAN AKTIVITI
Aku percaya setiap orang tu ada tanggungjawab masing-masing. So, bila dah putus cinta ni. Jangan la macam dunia kiamat pulak. Lebih baik sibukkan diri dengan aktiviti korang contonya macam study dan kerja. Fikir lebih banyak kearah tu supaya korang tak terlalu fikir tentang kekecewaan yang korang alami

7.KENALI KAWAN
Bersosial disini bukan lah bermaksud sosial buat perkara tak senonoh ye. Maksudnya kenali kawan korang dengan lebih rapat. Cara ni akan buat korang nampak kelebihan, kelemahan dan kekurangan dalam diri pasangan korang. So korang tak adalah rasa kecewa sangat sebabnya korang mungkin akan sedar pasangan korang tu tak ada lah sehebat mana pun. Mungkin ada yang lebih baik untuk korang diluar sana.

8. JADI DIRI SENDIRI
Jika korang dapat tahu yang pasangan korang dah ada yang lain dah lebih vogue dari korang janganla korang ubah diri tu pulak jadi macam yang vogue tu. Walau apapun yang berlaku, korang perlu menjadi diri sendiri dan itu la adalah yang terbaik sebab aku percaya tak ada orang yang suka orang yang bersikap hipokrit. Tapi tak salah kalau korang nak ubah penampilan sebab itu mungkin dapat mendorong korang mulakan hidup yang lebih baik dan rasa lebih berkeyakinan tanpa bekas pasangan korang tu.

9. JANGAN BERDENDAM
Jangan disebabkan korang putus cinta korang jadi pendendam nak balas perbuatan pasangan korang, nak kenakan dia atau doakan dia benda tak baik. Biarkan dia dengan kebahagiaan dia, kebahagiaan untuk korang pasti ada suatu masa nanti.

10. DEKATI MAHA PENCIPTA
Ni tips yang paling berkesan, kalau korang rasa down gila-gila. Banyak lah berdoa, berwirid, mengaji dan solat sunat. Confirm 100% korang akan rasa tenang. Dan korang juga akan sedar cinta kepada Pencipta tu lebih bernilai dari cinta kepada manusia. Tapi lepas korang dah pulih dari rasa down putus cinta tu, jangan la berhenti pulak. Teruskan dengan amalan yang korang buat. Sebabnya ingat tuhan tu bukan waktu susah je, tapi waktu senang jugak. Kena sentiasa ingat DIA dan bersyukur kepada-NYA.

No comments:

Post a Comment